by Admin on June 15, 2012
in Opinion

Running Man
Maka tamatlah sudah cabaran SEO lelaki kacak 2012 yang berlangsung selama 3 bulan. Satu jangka masa yang agak panjang dan cukup sesuai untuk cabaran SEO.
Semasa entri ini ditulis, keputusan masih belum dikeluarkan lagi. Siapalah bakal pemenangnya sekaligus dapat menggondol hadiah yang agak lumayan.
Harap-harap blog ni ada dalam senarai pemenang.
Cabaran dah tamat, jadi bolehlah saya menceritakan serba sedikit kenapa saya memilih domain LelakiKacak.com ni.
Kalau diikutkan, banyak sebab kenapa saya memilih domain lelakikacak.com ni. Tapi saya cerita sikit jer lah.
Semasa permulaan cabaran SEO lelaki kacak 2012, saya ada membuat carian nama domain menggunakan perkataan lelaki kacak. Saja nak tengok samaada perkataan untuk domain tersebut masih ada lagi ataupun sudah tiada. Sasaran saya adalah untuk memilih domain dot com.
Agak terkejut bila mendapati bahawa domain lelakikacak.com masih ada lagi ketika itu. Tanpa membuang masa, saya terus membeli domain tersebut.
Memandangkan lelakikacak.com merupakan EMD keyword, sekaligus ianya memberi peluang kepada saya untuk membuat sedikit kajian mengenai EMD keyword ni. [click to continue…]
by Admin on June 9, 2012
in Contest

Super Kacak
Agak lama saya biarkan blog ini diam seribu bahasa tanpa ada sebarang kemaskini untuk dijadikan santapan kepada pengunjung. Dalam tak sedar, begitu cepat masa berlalu.
Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 pun dah nak sampai ke penghujungnya. Debaran kian terasa apabila hampir 100 orang yang menyertai cabaran seo ini, tidak kira samaada penyertaan dari blogger lelaki mahupun perempuan, masing-masing berusaha memberikan yang terbaik untuk mengekalkan momentum supaya terus berada di hadapan.
Sudah tentu persaingannya cukup mencabar kerana hadiah yang ditawarkan juga cukup lumayan. Namun, pengalaman menyertai cabaran sebegini sebenarnya merupakan hadiah yang paling berharga.
Oh ya, saya ingin memperkenalkan penganjur dan penaja cabaran SEO lelaki kacak 2012 yang bermurah hati untuk menaja hadiah sekaligus berjaya menganjurkan cabaran seo lelaki kacak.
Dianjurkan oleh Earncent.com…
Apa yang saya tahu, pemilik Earncent.com dikenali sebagai Titan. Seorang lelaki yang suka makan cendol dan mencintai Ain Maisarah. Oh, tak mustahil entri mencintai Ain Maisarah boleh dijadikan sebagai novel tu nanti. [click to continue…]
by Admin on April 2, 2012
in Opinion

Balance
Buat blogger lelaki kacak, inilah masanya untuk korang tunjukkan kekacakan korang dengan menyahut cabaran ni. Yang tak kacak pun boleh turut serta supaya kelihatan lebih kacak.
Manakala bukan blogger pula, inilah peluang korang untuk cuba berjinak-jinak dalam dunia blog sekaligus menghasilkan satu blog kerana untuk menyahut cabaran ini, korang perlu mempunyai blog.
Buat blog percuma pun tak apa. Memang banyak blog-blog percuma yang ada sekarang ni. Pilih jer platform mana yang berkenan dihati.
Tetapi yang paling popular adalah blogspot dan wordpress. Walaupun begitu, pilihan lain masih ada seperti tumblr, squidoo, dan berbagai lagi micro blog.
Lepas dah ada satu blog, kenalah belajar cara-cara nak kemaskini blog. Nak belajar tak susah pun, sebab zaman sekarang memang dah banyak panduan yang disediakan secara percuma. Apa yang perlu korang buat hanyalah mencari sahaja panduan tersebut dengan bantuan Google. Saya rasa, budak-budak sekolah zaman sekarang pun dah ramai yang ada blog, semuanya dah makin advance.
Haih… jauh tersasar dah ni. Ok, berbalik kepada persoalan kenapa perlu menyertai cabaran SEO lelaki kacak 2012 ni. [click to continue…]
by Admin on March 30, 2012
in Contest
Siapa tak kenal dengan blogger lelaki kacak yang mempunyai blog dengan nama Denaihati. Blogger kacak ini cukup popular dengan tagline “Hidup Untuk Memberi”.
Sememangnya dia seorang lelaki yang cukup mudah untuk “memberi” kerana telah menganjurkan pelbagai jenis contest yang mana hadiahnya cukup lumayan. Kadang-kadang ada hadiah contest yang bernilai mencecah ribuan ringgit.
Fuhhh… Moga-moga Denaihati sentiasa dimurahkan rezeki OlehNya…
Ramai yang ingat Denaihati ni seorang wanita, mungkin sebab faktor nama domain yang dia gunakan. Yelah, ada perkataan “hati” dalam nama domain tersebut. Kebiasaannya wanita lebih sinonim dengan “hati” — ini sayalah yang kata, orang lain tak tahulah macam mana.
Oh ya, contest terbaru anjuran Denaihati ni agak simple jer. Malah berlangsung hanya sekejap saja dan tarikh tutup contest adalah pada 11.59pm, 1/4/2012. [click to continue…]
by Admin on March 23, 2012
in Contest

Cabaran SEO
Akhirnya, cabaran SEO yang menggunakan kata kunci Lelaki Kacak sudahpun berlangsung pada 14 Mac 2012. Ini merupakan cabaran SEO yang pertama kalinya diadakan pada awal tahun 2012.
Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 akan berlangsung selama 3 bulan dan berakhir pada pukul 12 malam 15 Jun 2012. Dalam tempoh tersebut, korang masih layak untuk turut serta dalam cabaran ini.
Saya sendiripun sudah agak lama menunggu cabaran SEO ni. Ye lah, pengetahuan mengenai SEO pun dah berkarat, dengan adanya cabaran SEO, dapatlah saya mengasah balik segala jurus SEO yang saya tahu.
Dulu-dulu pernah gak saya menyertai cabaran seo ni, tapi itu dah lama dah. [click to continue…]
by Admin on March 16, 2012
in Welcome
Hello World dan Selamat Datang ke laman blog LelakiKacak.com. Saya amat mengalukan kedatangan korang semua ke laman blog ini. Walaupun saya tidaklah begitu kacak, sekurang-kurangnya nanti kekacakan blog ini bakal menyerlah.
Oh ya, laman blog lelaki kacak ini masih terlalu baru lagi diwujudkan. Tujuannya adalah untuk turut serta menyahut Cabaran SEO yang baru sahaja berlangsung pada 14 Mac 2012 baru-baru ni. Walaupun begitu, masih ada lagi tujuan lain.
Cabaran SEO tersebut akan berlangsung selama 3 bulan. Satu jangka masa yang agak lama dan ianya sangat sesuai untuk cabaran yang berbentuk SEO ni.