Blogger Melayu Boleh Bersaing Hebat

by Admin on June 30, 2013

in Blogging

Blogger Melayu Boleh Bersaing HebatAgak lama juga blog ni bersawang tanpa sebarang kemaskini terbaru.

Antara sebab; komitmen kerja yang terlalu banyak membuatkan saya terpaksa melupakannya seketika.

Bagaimanapun saya tetap mengikuti perkembangan dunia blogger cuma untuk bergerak aktif seperti dulu agak terhad.

Lebih sekadar memerhati dan mengambil tahu sahaja.

Tidak dinafikan setelah sekian lama mendiamkan diri rasa kekok untuk menulis itu ada. Ambil masa juga untuk mendapat idea dan mula menulis kembali.

Apa yang saya lihat banyak wujudnya blog yang berkualiti terutama dikalangan orang melayu. Bloggers melayu boleh dikatakan tumbuh macam cendawan. Memang satu perkembangan yang sangat positif.

Blog sekarang diibaratkan sebagai salah satu platform untuk berkongsi cerita, informasi dan berhubung dengan orang ramai. 

Jelas kita lihat medan multimedia internet semakin mendapat perhatian tidak mengira usia; muda atau tua.

Ketika saya mula-mula aktif dalam bidang blogging. Terlalu sedikit blogger melayu boleh bersaing hebat dengan blogger bangsa lain ataupun blogger luar. Malah, yang benar-benar mempunyai bakat dan kemahiran dalam menguruskan blog amat kurang sekali.

Tidak lagi sekarang, semakin ramai yang berkemahiran, bijak dan pandai.

Ianya semakin menjadi mudah apabila banyak tip-tip blogging yang boleh kita pelajari melalui internet.

Berbeza dengan zaman saya, semuanya perlu mencari dan belajar sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Sekarang ini makin banyak juga contest yang dianjurkan oleh blogger tempatan. Kali terakhir saya sertai adalah contest SEO lelaki kacak.

Menyertai contest adalah salah satu cara kita belajar bagaimana memperkukuh dan memperkenalkan blog.

Kita boleh bentuk proses pembelajaran dalam contest. Paling penting pengalaman yang kita dapat.

Terbaru yang saya baca, banyak juga contest yang sedang berlangsung. Ada juga berkira-kira hendak mencuba nasib.

Jika masa tidak mencemburui saya, mungkin juga saya akan turut serta. Ada masa lagikan.

{ 1 comment… read it below or add one }

1 AkmaOmar June 30, 2013 at 4:13 pm

Lama menghilang tuan admin…merajuk ka haha

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: