Kenapa Perlu Menyertai Cabaran SEO Lelaki Kacak

by Admin on April 2, 2012

in Opinion

Menyertai Cabaran SEO Lelaki Kacak

Balance

Buat blogger lelaki kacak, inilah masanya untuk korang tunjukkan kekacakan korang dengan menyahut cabaran ni. Yang tak kacak pun boleh turut serta supaya kelihatan lebih kacak.

Manakala bukan blogger pula, inilah peluang korang untuk cuba berjinak-jinak dalam dunia blog sekaligus menghasilkan satu blog kerana untuk menyahut cabaran ini, korang perlu mempunyai blog.

Buat blog percuma pun tak apa. Memang banyak blog-blog percuma yang ada sekarang ni. Pilih jer platform mana yang berkenan dihati.

Tetapi yang paling popular adalah blogspot dan wordpress. Walaupun begitu, pilihan lain masih ada seperti tumblr, squidoo, dan berbagai lagi micro blog.

Lepas dah ada satu blog, kenalah belajar cara-cara nak kemaskini blog. Nak belajar tak susah pun, sebab zaman sekarang memang dah banyak panduan yang disediakan secara percuma. Apa yang perlu korang buat hanyalah mencari sahaja panduan tersebut dengan bantuan Google. Saya rasa, budak-budak sekolah zaman sekarang pun dah ramai yang ada blog, semuanya dah makin advance.

Haih… jauh tersasar dah ni. Ok, berbalik kepada persoalan kenapa perlu menyertai cabaran SEO lelaki kacak 2012 ni. 

Saya rasa, rata-rata kebanyakkan blogger sudahpun tahu bahawa kini sedang berlangsungnya Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 anjuran rakan blogger kacak ni, siapa lagi kalau bukan bro Titan. Fuhhh… mesti perasan habis bro Titan bila sebut dia kacak.

Tahniah kerana berjaya menganjurkan contest ni.
Sambutan memang menggalakkan.

Bagi korang, kenapa perlu menyahut cabaran ni? Adakah wajib menyertainya? Adakah untuk suka-suka? Adakah untuk belajar atau tambah pengalaman? Atau adakah untuk kelihatan kacak?

Bagi saya sendiri, banyak faktor yang boleh mempengaruhinya…

Kata Kunci Yang Digunakan

Dalam mana-mana cabaran SEO, kata kunci cukup memainkan peranan. Antaranya ialah bahasa yang digunakan. Cabaran SEO ini menggunakan bahasa melayu dengan kata kuncinya adalah Lelaki Kacak.

Dari segi persaingan pula, saya kategorikan sebagai medium. Nak kata kuat persaingan tu tak adalah juga, tapi nak kata tiada persaingan langsung tu tak boleh juga sebab sekarang ni kata kunci lelaki kacak sedang digunakan. Jadi persaingan tu dah ada.

Korang boleh sambung baca mengenai persaingan dan permintaan di entri lelaki kacak ni.

Agaknya macam manalah kalau cabaran SEO ni menggunakan English keyword seperti “Handsome Man“. Fuhhh… mahu nak panas otak duk fikir cara nak dapat ranking terbaik dengan kata kunci tersebut.

Hadiah Untuk Pemenang

Bila dah namanya cabaran, hadiah sememangnya ada supaya dapat memberi semangat serta dapat menarik lebih ramai orang menyertainya. Terutamanya lelaki-lelaki kacak diluar sana. Perempuan pun boleh turut serta sekali. Tidak terikat kepada lelaki sahaja.

Hadiah pula dah ada kemaskini terbaru, boleh tahan besar juga hadiahnya. Hadiah tempat pertama akan dapat wang tunai sebanyak RM500. Fuhhh… Banyak tu, saya pun macam Titan, jenis mata duitan. Hadiah yang lain-lain saya copy dari blog penganjur, seperti dibawah;

  1. RM500 + 1 set Buku Rakasa Misai dan Jambul Alif dari Contengconteng.com + Pendrive 8GB + Pakej Backlinks + Review dan 1 slot banner 125×125 selama 1 tahun dari Bluedianthus.com + lukisan potret vektor digital dari Jomtonton.net + domain dan hosting dari Netkl (RM60) dari Bukitbesi + Pakej iklan 200×80 dari Radhio + Pakej iklan 468×60 dari Cikgu Dahlia.
  2. RM300 + Pendrive 8GB + Pakej Backlinks + lukisan potret vektor digital dari Jomtonton.net + Pakej iklan 200×80 dari Radhio + Pakej iklan Teks dari Cikgu Dahlia + Pakej iklan 125×125 dari 1Malaysianews.net.
  3. RM150 + Pendrive 8GB + Pakej Backlinks + Pakej iklan 125×125 dari 1Artikel.com + Pakej iklan 200×80 dari Radhio + Pakej iklan Teks dari Cikgu Dahlia + Pakej iklan 125×125 dari 1Malaysianews.net + RM10 Topup dari Azri.my.
  4. RM100 + Pendrive 4GB + Pakej iklan 125×125 di blog Harfiz-bizstudent + Pakej iklan 125×125 dari 1Artikel.com + Pakej iklan 125×125 dari 1Malaysianews.net + RM10 Topup dari Azri.my.
  5. RM80 + Pendrive 4GB + Pakej iklan 125×125 di blog Harfiz-bizstudent + Pakej iklan 125×125 dari 1Artikel.com + Pakej iklan 125×125 dari 1Malaysianews.net + RM10 Topup dari Azri.my.
  6. RM40 + Pakej iklan 125×125 dan RM10 Topup dari Farish Ishak.
  7. RM30 + Pakej iklan 125×125 dan RM10 Topup dari Farish Ishak.

#Semua lima pemenang ini akan menerima hadiah berupa review dari blog Muazfaris.com dan menerima 1 slot Iklan Premium 300×60 percuma untuk tempoh sebulan dari UmarFaruq.com

Yeahhh… Hadiahnya memang menarik. Selain wang tunai, terdapat hadiah-hadiah sampingan lain yang begitu mengujakan. Adakah kerana hadiah sebegini sehingga mendapat penyertaan yang begitu menggalakkan?

Menguji Pengetahuan SEO

Boleh dikatakan bahawa kebanyakkan blogger sekarang mempunyai pengetahuan SEO yang mendalam, samaada secara teori mahupun praktikal. Jadi, melalui cabaran sebegini, ianya merupakan landasan yang sesuai untuk korang menguji tahap pengetahuan SEO yang korang ketahui.

Korang boleh gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Banyak yang korang boleh pelajari dari cabaran ini. Korang boleh tengok dekat mana kekurangan dan kelebihan teknik SEO yang korang miliki.

Disamping itu, korang bakal dapat satu pengalaman yang cukup berharga. Menang atau kalah itu dah lumrah pertandingan. Apa yang paling berharga ialah pengalaman yang bakal diperolehi.

Dan paling penting, minat kena ada…

Inilah antara faktor yang mempengaruhi saya untuk turut serta menyahut cabaran SEO ni. Bagi korang pula, kenapa perlu menyertai cabaran SEO lelaki kacak? Korang boleh kongsikan diruangan komen dibawah.

Mereka yang sudah menyertainya, saya ucapkan Selamat Maju Jaya.

{ 33 comments… read them below or add one }

1 puteri kasih April 3, 2012 at 1:02 pm

betul..menang atau kalah tu soal kedua yang paling penting adalah pengalaman kan :)

Reply

2 sjiehan May 28, 2012 at 3:23 am

kompom yang ni menang!!

Reply

3 neo April 3, 2012 at 4:27 pm

yang bercakap kekadang takut nak join – takut SEO tak menjadi kot

apa pun kalah menang tu lain cerita, yang penting setaip peserta belajar bagaimana gunakan teknik SEO. terbaru pelbagai link WIKI untuk lelaki kacak dah muncul – dah pelbagai jenis link, maknanya contest ni mmg menarik minat ramai :)

Reply

4 Admin April 4, 2012 at 7:05 pm

Mungkin masih awal lagi kot. :)

Itu lah… kalau kat google.com, mmg byk jumpe link WIKI. :)

Fuhhh.. kuat betul Google Dance.

Reply

5 izwanyusof April 4, 2012 at 4:04 am

patut ramai yang join. hadiah sangat superb!

Reply

6 titan April 4, 2012 at 2:05 pm

takpe, lambat-lambat diorang joinlah tu. ramai yang dah join. tapi tak tunjuk belang aje lagi..

Reply

7 Admin April 4, 2012 at 7:06 pm

betul2..
masa pun panjang lagi ni.. :)

Reply

8 zik April 7, 2012 at 5:41 pm

ingin melihat bagaimana kesemua lelaki kacak ini menghasilkan artikel yang kreatif, selain dari pembinaan link2 support yang berbeza dari segi PR dan juga social bookmarking..

Reply

9 Admin April 9, 2012 at 8:12 am

Bro banyak jer link2 support.. :)

Reply

10 zik May 1, 2012 at 4:28 am

tapi tak berapa nak konsisten la… masa pun agak terhad… susah nak compete.. all the best bro…

Reply

11 cik teddy April 8, 2012 at 11:23 pm

dah banyak lawat blog2 yang join contest ni..memang mantap semua =D

Reply

12 SuhairiDotCom April 13, 2012 at 4:15 am

Terbaiklah! Laju je rembat domain ni.hehe..

Reply

13 Admin April 14, 2012 at 3:58 pm

Hehe. Kebetulan jer bro.

Reply

14 adam narzuan April 16, 2012 at 1:46 am

perghhh.. hadiah memang superb…

Reply

15 yas April 16, 2012 at 2:02 am

Yup bro..kali ni cabaran SEO ini mmg sangat sengit, menang kalah kemudian cerita…yg penting ini salah satu dr proses pelajaran dlm dunia blogging……semoga berjaya juga buat bro..

Reply

16 ProfHariz April 16, 2012 at 2:43 am

Sapa sebenarnya ko ni erk?

Reply

17 Admin April 16, 2012 at 3:42 am

Siapa-siapa jer la bro… :)

Reply

18 ProfHariz April 16, 2012 at 4:42 am

Tengok ip orang raub pahang :)

Reply

19 Admin April 16, 2012 at 3:41 pm

Oh.. siap tengok ip lagi tu.. :)

Reply

20 yas May 2, 2012 at 4:53 am

Kalau raub…hehehe dh dekat gak ngan kampung aku tu bro….:)

Reply

21 benjy April 17, 2012 at 1:04 pm

Benjy pun join juga tetapi rasanya pelengkap dan sebagai memeriahkan majlis je … langsung tak masuk page 1 … :(

Reply

22 Aiman April 21, 2012 at 8:43 am

Ahaaaa. Allthebest yopppp.

Yap, menang kalah adat permainan, aku pun 1st time masuk, hehe.

masuk pertandingan gini boleh tau setakat mana kemampuan :p

Reply

23 zulkbo April 25, 2012 at 12:34 pm

salam..
ermm..memang panjang lebar penerangannya tu..
tapi saya respek sebab blog ni saja dah nama
LELAKI KACAK..?kira peluang banyak untuk
Google berikan blog ini di tempat pertama nanti
GOOD Luck!

Reply

24 Encik Bukit Besi May 6, 2012 at 9:41 am

Salam…pergh power giler blog ni…first page tu…salute ah. terer seo ni..hehe

Reply

25 hatiputera May 12, 2012 at 3:48 am

nama blog pun dah lelaki kacak,,memang power lah nie,,

Reply

26 nadiene May 15, 2012 at 7:07 am

Salam bro,

aku percaya blog ini pasti menang ! yeah.

Tapi ada permintaan, kalau dah menang nanti sila lah perkenalkan diri anda, kami nak kenal sangat !

Reply

27 Bella Enveeus May 16, 2012 at 10:32 am

Kalau pandai tentang SEO ni mmg senang dapat high traffic. In my case, I mmg fail bab ni.. Anyways, harap menang! :)

Reply

28 Lelaki Kacak Blog May 21, 2012 at 7:58 pm

Terbaik lah blog ni berada didepan tuu.. canggih.

Reply

29 aidanatasya May 25, 2012 at 3:28 am

Salam.. aku rasa aku kenal owner lelaki kacak nie :D

Reply

30 Newbie Blogger May 26, 2012 at 1:15 pm

ini memang gempak satu malaysia jika saya tinggal disana maka saya pun akan mencuba cabaran SEO ini

Reply

31 zara May 28, 2012 at 9:15 am

hebat lelaki kacak ni no 1 ni…

Reply

32 duit lelaki kacak June 6, 2012 at 10:59 am

i wrote the reason why i join the lelaki kacak contest in my blog. :)

Reply

33 Khidhir June 7, 2012 at 9:38 am

haha. sampai site name, url pun dah lelaki kacak, memang menang saja je la..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: