Melayu Boleh

by Admin on July 6, 2013

in Opinion

Melayu BolehMalaysia adalah negara yang unik. Sebuah negara yang hidup berbilang kaum, bangsa dan pelbagai budaya.

Kita sepatutnya rasa bangga menjadi anak Melayu dan dilahirkan di Malaysia. Malaysia adalah negara yang indah, harmoni dan aman damai.

Walaupun majoriti bangsa di Malaysia adalah Melayu, tetapi orang Melayu boleh hidup aman dan menetap bersama dengan bangsa lain di Malaysia sekaligus tidak mempunyai masalah dalam perhubungan mahupun komunikasi.

Itulah uniknya Malaysia.

Negara-negara luar mula menyedari bahawa Malaysia boleh meningkat maju dan merupakan sebuah negara yang sedang berkembang pesat serta mampu berdaya saing dengan negara luar. Hal ini menyebabkan Malaysia mula mendapat perhatian dunia.

Bagaimanapun sedikit demi sedikit sudah kelihatan perkara-perkara negatif yang mula berlaku di negara kita.

Masyarakat Melayu mula hilang arah tujuan. Dikhuatiri ianya semakin tersasar jauh dan memusnahkan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini. 

Melayu Boleh Terus Hidup Merdeka

Di Malaysia, orang Melayu merujuk kepada seseorang yang beragama Islam, bercakap bahasa Melayu dan penuh dengan adab, peramah dan kaya dengan warisan seni.

Malah, boleh hidup berbilang kaum dan bukan dengan hanya satu bangsa sahaja. Kalau diikutkan dari sejarah tanah Melayu, kita semua adalah pendatang juga.

Nenek moyang kita mendarat di pantai yang asalnya tiada nama dan bermulalah asalnya bangsa Melayu sehingga sekarang.

Jika kita mahu masa depan orang Melayu boleh jadi lebih baik lagi kita harus pastikan Malaysia sebagai rumah yang terbaik dan sentiasa melindunginya.

Maka mulakan peranan sebagai orang Melayu yang boleh mempertahankan hak dan kemerdekaan orang Melayu dan kekalkan supaya bangsa kita dihormati.

Bangsa Melayu Yang Aktif Dan Sihat

Orang Melayu boleh berdiri diatas kaki sendiri dalam membuat apa-apa perkara dan keputusan.

Ramai dikalangan orang Melayu cepat terikut-ikut atau terpengaruh dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Jelas yang kita lihat apa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini. Seringnya berlakunya protes dan persengketaan dikalangan masyarakat Melayu yang mengundang kearah perpecahan.

Maksud masyarakat Melayu yang aktif, biarlah aktif dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan yang boleh meruntuhkan bangsa Melayu dan individu Melayu itu sendiri.

Melayu Boleh Mengelak Rasuah

Dalam masyarakat Melayu boleh dikatakan berlaku banyak masalah rasuah. Ianya seperti parasit yang sukar dimusnahkan dan merupakan musuh nombor satu mana-mana masyarakat pun.

Dalam Islam menerima atau memberi rasuah adalah haram. Maka haram jugalah jika kita menggunakan apa-apa sumber dari rasuah ni.

Jiwa orang Melayu harus bersih, jujur dan amanah. Kerana tamak dan ingin cepat kaya ramai dikalangan orang Melayu yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri.

Keistimewaan Untuk Orang Melayu

Kenapa orang Melayu selalu dipandang rendah oleh bangsa lain? Ianya datang dari sikap orang Melayu itu sendiri.

Kita sering melihat orang Melayu mudah putus asa, tidak yakin dan cepat mengalah sebelum membuat sesuatu.

Kalau dilihat dari segi akademik pendidikan, kebanyakkan yang mendapat tempat terbaik adalah bangsa lain. Sedangkan sebagai bumiputera kita mendapat kemudahan yang banyak dari kerajaan.

Jadilah masyarakat yang sihat, berdaya saing, berilmu dan dipandang tinggi.

Gunakan peluang itu supaya orang Melayu boleh maju kehadapan, berjaya dan cemerlang.

Kita harus percaya orang Melayu boleh pergi jauh bersaing dan duduk sama tinggi dengan bangsa lain.

Untuk berjaya kita perlu yakin dan bersemangat. Bukan hanya duduk diam dan berpeluk tubuh sahaja.

Fenomena dan mentaliti dalam bersaing perlu kita ubah supaya lebih bersemangat Melayu Boleh.

Melayu Boleh Bersatu

Sikap orang Melayu suka bergaduh sesama sendiri dan tidak sehaluan.

Dahulu orang Melayu berjuang menegak bangsa Melayu dari dijajah oleh bangsa asing. Sekarang Melayu sesama Melayu pula tidak sehaluan dalam memperjuangkan hak orang Melayu.

Sungguh sedih apabila melihat situasi yang semakin merunsingkan ini.

Janganlah disebabkan fahaman kita berlainan menyebabkan bangsa Melayu menjadi kucar kacir dan tidak sehaluan.

Sebagai orang Melayu kita harus menyokong antara satu sama lain. Supaya Melayu boleh dilihat sebagai bangsa yang teguh dan bersatu, bukan porak peranda.

Pepatah… Tak Melayu hilang di dunia; harus kita jaga dan pegang sampai bila-bila.

{ 1 comment… read it below or add one }

1 munir ardi March 5, 2014 at 8:48 am

melayu boleh mari tingkatkan taraf hidup bangsa melayu

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: