Slogan Malaysia Boleh Melaungkan Semangat Perjuangan

by Admin on July 2, 2013

in Opinion

Slogan Malaysia Boleh Melaungkan Semangat PerjuanganSlogan “Malaysia Boleh” yang selalu kita dengar dan dilaungkan, jika kita faham dan terjemahkan; maksudnya adalah kata-kata semangat Malaysia Boleh melakukannya.

Bukan hanya untuk masyarakat tertentu, tetapi untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, bangsa dan agama.

Samaada Melayu boleh, Cina boleh, India boleh dan berbagai lagi bangsa yang ada di Malaysia boleh melakukannya dan sama-sama memberi sokongan padu.

Laungan Semangat Perjuangan

Slogan ini sebagai satu laungan perjuangan untuk negara yang memberi sepenuh kepercayaan kepada orang yang mewakili Malaysia dalam apa-apa acara dalam pertandingan, acara sukan, duta atau sebagainya.

Pertama kali “Malaysia Boleh” dilaungkan di acara-acara seperti Sukan Komanwel dan Piala Thomas kemudian ianya sentiasa disebut dimana-mana sahaja kerana ia telah sepenuhnya sebati dalam jiwa setiap rakyat Malaysia sebagai satu cara untuk bertahan, mampu menerima cabaran, menetapkan sasaran dan cemerlang. 

Semangat yang kuat dalam menyokong wakil-wakil negara yang mengharumkan nama negara.

Populasi penduduk di Malaysia adalah Melayu. Walaupun kita boleh tukarkan ke Slogan “Melayu Boleh” tetapi Malaysia bukan sebuah negara yang mempunyai masalah perkauman.

Sistem negara kita membolehkan semua bangsa dilayan sama rata, adil saksama dan boleh duduk dalam keadaan aman dan damai.

Yang paling utama semangat dalam memperjuangkan sesuatu itu harus kita ambil kira.

Ia adalah satu motivasi yang kuat bagi kita rakyat Malaysia dan telah menunjukkan bahawa ia boleh menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, agama, budaya atau kelas.

Slogan Malaysia Boleh adalah satu semangat untuk Malaysia melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita dan menjadikan ia sebagai kebanggaan negara.

{ 1 comment… read it below or add one }

1 abdul jaszrul September 2, 2013 at 12:37 pm

Bagaimana kalau semangat patriotisme dan jati diri yang kukuh dapat ditanamkan melalui slogan malaysia boleh ?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: