Maka tamatlah sudah cabaran SEO lelaki kacak 2012 yang berlangsung selama 3 bulan. Satu jangka masa yang agak panjang dan cukup sesuai untuk cabaran SEO.
Semasa entri ini ditulis, keputusan masih belum dikeluarkan lagi. Siapalah bakal pemenangnya sekaligus dapat menggondol hadiah yang agak lumayan.
Harap-harap blog ni ada dalam senarai pemenang.
Cabaran dah tamat, jadi bolehlah saya menceritakan serba sedikit kenapa saya memilih domain LelakiKacak.com ni.
Kalau diikutkan, banyak sebab kenapa saya memilih domain lelakikacak.com ni. Tapi saya cerita sikit jer lah.
Semasa permulaan cabaran SEO lelaki kacak 2012, saya ada membuat carian nama domain menggunakan perkataan lelaki kacak. Saja nak tengok samaada perkataan untuk domain tersebut masih ada lagi ataupun sudah tiada. Sasaran saya adalah untuk memilih domain dot com.
Agak terkejut bila mendapati bahawa domain lelakikacak.com masih ada lagi ketika itu. Tanpa membuang masa, saya terus membeli domain tersebut.
Memandangkan lelakikacak.com merupakan EMD keyword, sekaligus ianya memberi peluang kepada saya untuk membuat sedikit kajian mengenai EMD keyword ni.
Kajian lebih fokus untuk melihat samaada EMD keyword masih berpotensi ataupun tidak berpotensi supaya berada di muka hadapan search engine Google tanpa menggunakan backlinks yang begitu banyak. Cukuplah dengan membuatkan blog tersebut mesra SEO.
Secara peribadi, saya boleh katakan bahawa EMD keyword masih lagi berpotensi untuk mendapat ranking yang bagus jika kena caranya serta dapat elakkan dari terkena Google Sandbox, Google Dance, dan Google Penalty. Apa yang saya katakan ni ialah dari pengalaman dengan menyertai cabaran SEO lelaki kacak.
Oh ya, EMD keyword maksudnya ialah Exact Match Domain Keyword, iaitu kata kunci yang digunakan sebagai domain.
Buat SEO untuk mengekalkan momentum kata kunci supaya terus stabil berada di depan adalah sesuatu yang memenatkan serta memakan masa. Sibuk dan malas menyebabkan saya ingin mencuba dengan EMD keyword ni.
Sedangkan saya juga masih ada menghantar blog peribadi saya untuk menyertai cabaran seo lelaki kacak ni. Jika dilihat sekarang, blog peribadi saya tersebut agak tidak stabil dan sukar untuk kekalkan momentum supaya terus berada di depan. Kalau tak silap saya, blog tersebut berada di muka surat 3 ataupun 4 macam tu lah.
Kepelbagaian dan kualiti backlinks masih lagi kurang untuk blog tersebut, tetapi cabaran sudahpun tamat. Kekangan masa dan kesibukan begitu mencemburui diri ini. Apa-apapun, kenalah terima dengan keputusan yang bakal keluar nanti.
Harapan saya masih lagi dengan blog lelakikacak.com. Dengan sedikit pelaburan yang di buat untuk membeli nama domain, harap-harap ianya membuahkan sedikit hasil.
Bak kata pepatah melayu: Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam.

{ 17 comments… read them below or add one }
nampak gaya, memang berhasil.. tahniah..
Memang pandai tuan admin. Sungguh berhasil, bijak2…tahniah skali lagi, semoga berjaya.
berhasil lah strategi tu..hehe..tahniah..
domain ada keyword boleh lah.. :p
tahniah bro
tahniah! pelaburan yang berbaloi.
Tahniah azuanrazi…:)
Tahniah bro. Dah jadi pemenang cabaran hebat ni.
Tahniah Azuan..memang kacak la..:)
tahniah… so , ini untung sabut or untung batu?
memang tapau lah kalau dah domain pun keyword yang dipertandingkan…tapi kena buat offpage gak kan..baru berhasil…anyway..tahniah bro
ahahaha kalu pkai domain nama ni confirm2 org laen susah nak menang kalu lawan seo
Untung la dapat bertahan dengan begitu senang sekali…good job
Hang rupanya azuan ! Hahahah
Salam admin,
Memang kacak!
errkkk.. kau ke azuan admin blog ni?.. patut r sanggup beli domain..
memang berbaloi tahniah hehehe